Monday, November 9, 2009

01 Nov 2009

Sememangnya sejak isu permuafakatan Pas-UMNO ini meletus, terlalu banyak suara sumbang dan prejudis mempersoalkan kewajaran permuafakatan di antara dua parti Melayu-Islam terbesar iaitu UMNO dan Pas. Tidak kurang juga yang berlagak bagaikan Tuhan seolah-olah mampu menerobos masuk jauh ke sudut hati manusia lantas mempersoalkan keikhlasan di sebalik kesedian dua parti untuk duduk berbincang.

Sebagai orang Islam kita tidak ada pilihan melainkan wajib menyokong penuh segala usaha ke arah permuafakatan dan pertautan ukhuwah sesama Islam. Ini kerana tuntutan agama jelas mengisyaratkan bahawa penilaian tahap keimanan manusia diukur berasaskan kepada sejauh mana seseorang itu memartabatkan nilai persaudaraan sesama umat Islam. Ini jelas diisyaratkan Nabi Muhammad saw dalam hadis: Tidak beriman seseorang sehinggalah dia menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya sendiri (Sahih Bukhari).

Sebab itulah dalam Islam jika berlaku pertelagahan sekalipun, adalah menjadi suatu kewajiban untuk umat Islam mencari jalan ke arah perdamaian. Firman Allah: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertawakallah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Al-Hujurat: 10)

03 Nov 2009

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Anwar merasakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong pembentukan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, adalah penghalang besar kepada cita-citanya itu.

''Saya setuju dengan pendapat bahawa idea kerajaan perpaduan Pas-UMNO bukan isu utama mengakibatkan kemelut dalam Pas.

''Sebaliknya ia peranan Anwar di belakang tabir Pas yang menjadi punca krisis ini. Ia alasan mengetepikan kewujudan Abdul Hadi yang dilihat mampu menenggelamkan kredibiliti Anwar untuk menjadi Perdana Menteri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kolum sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang melihat permasalahan dalam Pas bukan saja melibatkan golongan pro-UMNO tetapi juga anti-Anwar.

from Nov 01 to Nov 07

Petikan daripada seminar PAS

"Saya berpendapat, mereka yang menolak persepsi adalah primitif dan hanya sesuai hidup di abad ke 17," kata Dr Abu Hassan Hasbullah dalam penggulungan hujjahnya dalam sessi perbincangan penal seminar perkasakan PAS.

"Saya bukan tok bomoh dan tidak ada ubat untuk PAS," kata Dr Aziz Bari. Beliau juga berkata, "Saya bukan agen Umno. Daripada agen Umno lebih baik jadi agen CIA.

"Majoriti respondan kajian Dr Abu Hasbullah mahukan PAS berdiri sendiri sebagai satu parti dan bukannya meleburkan PAS dan bergabung dengan lain-lain dalam satu parti.